Monday, March 12, 2012



RESEPI NASI KERABU TERENGGANU







NASI KERABU TERENGGANU


Nasi:

3 cawan beras biasa
4 cawan air
2 batang serai } diketuk
12 kuntum bunga talang (ditumbuk & diperah airnya) atau
sedikit pewarna biru

Cara memasak:

Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama serai, air bunga talang atau pewarna biru hingga masak.

Cara menghidang:

Sendukkan nasi ke dalam pinggan.
Letakkkan sedikit sambal kelapa/ikan, cili padi jeruk, tumis belacan diakhiri dengan ulam.
Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, keropok goreng, budu, daging bakar, ayam bakar dan ikan goreng celup tepung.


Sambal kelapa/ikan:

3/4 biji kelapa parut } ditumbuk sedikit
2-3 ekor ikan kembung/selayang dipanggang
4 ulas bawang merah
1.5 cm halia
1 sudu kecil lada hitam
garam secukup rasa

Cara membuat:

Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam kemudian masukkan isi ikan, tumbuk lagi sehingga lumat.
Kemudian campurkan kelapa parut kemudian disangai atas api kecil sehingga agak kering dan berderai.

Sambal Cili Padi

Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.
Campurkan 1 sudu kecil garam, 2 sudu besar gula dan ½ cawan cuka.
Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat
.

Kuah Tumis Belacan

2 inci belacan, dibakar
5 biji cili kering }ditumbuk
5 ulas bawang merah} ditumbuk
2 ulas bawang putih }ditumbuk
1.5 cm halia }ditumbuk
1 batang serai, dititik
sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka
1/2 biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan
2 sudu air asam jawa

Cara membuat:

Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
Masukkan bahan-bahan tumbuk, belacan, serai, gula merah dan air asam jawa.
Masak lagi hingga pekat dan agak kering.
Sesuaikan rasa dan angkat.

Ulam-Ulaman - kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.

2 helai daun kunyit
5 helai daun cekur
10 tangkai daun kesum
5 tangkai daun selasih/kemangi
5 batang kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
1 biji timun
5 biji bawang putih jeruk
1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya

Solok Lada

10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji
1/2 biji kelapa parut putih
4 ulas bawang merah
1.5 cm halia
2-3 ekor ikan kembung/selayang, ambil isinya sahaja
sedikit garam, gula dan serbuk perasa

Cara membuat:

Tumbuk bawang dan halia hingga lumat kemudian masukkan garam, gula dan isi ikan.
Tumbuk lagi hingga lumat.
Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.
Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.
Susunkan ke dalam periuk kukus.
Kukus selama 10 minit atau sehingga masak

Ikan Goreng Celup Tepung

6 ekor ikan }dibersihkan dan tos
1 cawan tepung beras
sedikit air kapur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara membuat:

Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.
Panaskan minyak.
Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.

Sunday, March 11, 2012



Resepi Nasi Dagang


Resepi Nasi Dagang

Bahan:
* 4 cawan beras yg elok ( guna beras wangi) + 1 cawan beras pulut
* 1 tin(400ml) santan pekat
* 4 ulas bawang putih-hiris kecil2
* 6 ulas bawang merah-hiris kecil2
* 1 inci halia - hiris kecil2
* 1 sudu makan halba
* garam

Cara-cara :

1. Bersih beras dan rendam semalaman
2. Utk santan pekat guna 3/4 tin santan campur 1/3 cwn air. Manakala santan cair ambik 1/4 tin santan dan ditambah 1/3 cawan air .
3. Masak santan pekat bersama bawang, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama.
4. Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit atau sehingga keluar asap. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair dan halba. Kukus semula sehingga nasi masak.
5. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.
6. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol dan acar.


Gulai Ikan Tongkol (Lauk Nasi Dagang Trengganu)
Sumber ; Sajian Di Perantauan

Bahan
1 ekor ikan tongkol/mackerel sed besar - guna 2 ekor ikan tongkol saiz kecil
4 kpg asam keping
4 sm cili boh/lada kering - guna 3 sudu saja
1 biji kelapa - guna 1 pkt santan debu
3 biji cili merah -belah 2 memanjang/cili padi
2 sm gula merah
5 biji belimbing buluh (jika ada) - tak ada, ganti buah tomato
garam secukupnya,minyak
2 sudu kerisik
*saya tambah 2 sudu besar rempah gulai ikan-serbuk kari ikanpun boleh

bahan2 kisar
2 sm ketumbar
1 st jintan manis
1 st jintan putih
10 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia, 1 inci lengkuas, 1 inci kunyit

Cara memasak:
1. Ikan direbus dgn garam dan asam keping dgn sedikit air hingga kering. Seelok disimpan satu malam.
2. Tumiskan bahan dikisar sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah yang dibancuh dgn sedikit air .
2. Masukkan santan,gula merah dan garam. Kacau sehingga mendidih.
3. Apabila mendidih baru masukkan ikan dan kerisik, biarkan kuah agak pekat.
4. Sebelum diangkat masukkan cili merah/cili padi dan buah belimbing.